Monday, August 13, 2007

Merdeka, arent we?

bersempene dengan bulan kemardekaan yang amat dinantikan ini, sya mengambil keputusan untuk berblog dalam bahasa melayu! bagaimana kool kah itu? :) kalau anda masih belum mendengar, saya dah memperoleh keputusan AS baru-baru ini. syukurlah saya telah mendapat A lurus.

Zul sekarang berada di kem biro tatanegara. dia agak bersedih dengan keputusan peringkat-A nye tapi saya tetap bersyukur kerana die dapt jugak terbang paling kurang. (take care in btn hon, will miss you! - this part you guys would have to excuse.)

tadi ada temuduga percubaan kursus perubatan. saya rase saye buat agak baik. oh! dan td jugak ada ujian percakapan IELTS. yang itu saya telah sedikit tergagap. entahlah, saya masih berharap saya mendapat keputusan yang baik.

ohh!! tahukah kamu semua along telah selamat sampai di amerika syarikat! saya sungguh gembira untuk dia dan saya berharap segalanya menjadi okay untuk dia di sana. ainul juga telah pon pergi ke negara yang sama tapi saya masih belum terima apa2 berita darinya.

maafkan saya kalau pos ini agak pelik dan jangan risau, pengeposan blog berbahasa melayu ini tidak akan berlanjutan, hanya untuk bulan patriotik ini sahaja. jika anda ingin meninggalkan komen, (saya ragu-ragu; memandangkan semua orang sibuk sekarang dan blog saya sudah jarang dilawati *teresak-esak*) saya menghargai jika anda juga dapat mengepos dalam bahasa melayu! cubalah! ianya seronok!!!

sehinnga nanti, selamat malam!

2 comments:

dreamer said...

::sengal la lyla!!~~ =p

Laila Pauzy said...

hahahahhahah pas bace balik baru sedar.. sengal gak la.... hahahahahha *ketawa berguling-guling*